Ayam Goreng Korea: Kerangupan yang Mengubah Dunia

Setiap budaya mempunyai versi ayam goreng mereka sendiri. Malaysia ada ayam goreng berempah yang kemerahan. Amerika pula terkenal dengan ayam goreng buttermilk tebal. Jepun mempunyai potongan ayam kaarage yang berjus.
Namun tiada ayam goreng yang benar-benar menakluki dunia seperti ayam goreng Korea. Dipacu oleh populariti K-pop dan K-drama, ayam goreng Korea telah berjaya menambat hati (dan perut) peminat serta penggemar makanan di seluruh dunia.
Secara tradisional, masyarakat Korea hanya mengukus ayam atau memasaknya dalam sup. Namun, Yu Seok-ho yang pernah belajar di luar negara di Amerika Syarikat jatuh cinta dengan ayam goreng di sana. Apabila beliau pulang ke Korea, beliau mula menjual potongan ayam goreng kecil secara individu dan menghidangkannya bersama bir — gabungan ini mendapat sambutan luar biasa sehingga menjadi sebahagian daripada budaya Korea!
Sumber: The Rakyat Post
Berita Berkaitan
Apakah Perisa Asas Popular Ayam Goreng Korea?
Ayam goreng Korea sememangnya menjadi pilihan wajib cuba bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri budaya Korea.
4 Hidangan Terbaik untuk Dipadankan dengan Ayam Goreng Korea
Kalau anda memang sukakan ayam goreng Korea, anda pasti lebih menikmatinya apabila dipadankan dengan hidangan sampingan yang sesuai.
Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Gemar Ayam Goreng
Apa yang paling best tentang tinggal di Malaysia? Anda boleh menikmati ayam goreng hampir di mana-mana sahaja!
KyoChon Memperkenalkan Ayam Bebas Daging yang Rasanya Sama Seperti Ayam
KyoChon memperkenalkan menu baharu kami, Future Chicken, yang pasti buat anda teruja!





