4 Hidangan Terbaik untuk Dipadankan dengan Ayam Goreng Korea

Jika anda memang menggemari ayam goreng Korea, anda pasti akan lebih menyukainya apabila dipadankan dengan hidangan sampingan. Tetapi sebelum itu, mari kenali hidangan sampingan yang paling sesuai melengkapi rasa unik ayam goreng Korea. Teruskan membaca untuk mengetahui empat hidangan sampingan kegemaran rakyat Malaysia!
Hidangan Sampingan #1: Nasi
Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menggemari nasi. Sebagai karbohidrat utama yang ringkas tetapi mengenyangkan, nasi menjadikan sebarang hidangan lebih lengkap. Rasa neutralnya juga sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis masakan. Bila digandingkan dengan ayam goreng Korea, nasi putih kukus tidak akan mengubah rasa ayam, menjadikannya pilihan selamat dan mengenyangkan.
Sudah tentu, ada alternatif lain yang juga sedap dimakan bersama ayam goreng Korea — termasuk nasi goreng bawang putih dan nasi goreng kimchi yang turut terdapat di KyoChon Malaysia! Bawang putih menambahkan aroma nasi yang wangi dan menaikkan selera, manakala kimchi pula, makanan ruji Korea, memberikan rasa pedas masam yang seimbang dan menyegarkan selera anda.
Hidangan Sampingan #2: Japchae
Setiap penggemar makanan Korea pasti mengenali japchae! Hidangan ini berasaskan mi kaca yang digoreng bersama sayur-sayuran dengan rasa savoury dan sedikit manis. Di KyoChon, anda juga boleh memilih versi pedas! Teksturnya yang lembut sangat serasi dipadankan dengan ayam goreng yang rangup — saling melengkapi antara satu sama lain!
Hidangan Sampingan #3: Tteokbokki
Satu lagi kegemaran ramai ialah tteokbokki, atau kek beras Korea. Ia hampir selalu dimasak dalam sos pedas manis yang menyelerakan. Bila digandingkan dengan ayam goreng Korea, gabungan ini memberikan pengalaman rasa yang penuh kejutan dan kepuasan.
Hidangan Sampingan #4: Kentang Goreng Baji
Siapa yang tak pernah makan ayam goreng dengan kentang baji? Diminati oleh semua peringkat umur, kentang baji sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili dan tomato. Selain itu, kerepek ubi kayu juga merupakan pilihan popular bagi peminat snek rangup. Tak pasti mana satu yang lebih sedap? Cuba kedua-duanya dan pilih sendiri kegemaran anda!
Bahagian terbaiknya? Anda boleh dapatkan semua hidangan sampingan ini di KyoChon Malaysia! Tak pasti mana nak pilih? Cubalah semuanya — dan anda pasti akan kembali lagi untuk menikmatinya berulang kali! Lihat menu penuh kami di sini untuk kemudahan anda.
Berita Berkaitan
Apakah Perisa Asas Popular Ayam Goreng Korea?
Ayam goreng Korea sememangnya menjadi pilihan wajib cuba bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri budaya Korea.
Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Gemar Ayam Goreng
Apa yang paling best tentang tinggal di Malaysia? Anda boleh menikmati ayam goreng hampir di mana-mana sahaja!
KyoChon Memperkenalkan Ayam Bebas Daging yang Rasanya Sama Seperti Ayam
KyoChon memperkenalkan menu baharu kami, Future Chicken, yang pasti buat anda teruja!
Johor Foodie: Selamat datang ke masa depan dengan kolaborasi KyoChon Malaysia dan PHUTURE®️
Sesuai untuk anda yang mahu menikmati hidangan bebas daging tanpa mengorbankan kepuasan menikmati ayam goreng.





