Resipi: Pizza Salad Madu Beri

Berikut resipi manis dan menyegarkan untuk dinikmati semasa Iftar!
Jom kongsi gambar hasil resipi anda dan tag kami @mykyochon di Instagram. Kami akan belanja anda makan malam Iftar!
Bahan-bahan:
3 kepak ayam madu KyoChon (tulang dibuang), 1 keping tortilla, 10g arugula, 2 biji strawberi, 8 biji beri biru, 2 keping keju mozzarella, 20g keju krim, 20g keju parmesan.

Sos Salad:
1 sudu besar minyak zaitun, 1/2 sudu besar jus lemon, garam, lada hitam.
Sos Yogurt:
3 sudu besar jus lemon, 2 sudu besar yogurt, 1 sudu besar madu.
Cara Penyediaan:
- Potong arugula, strawberi dan kepak ayam madu kepada saiz gigitan kecil.
- Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama sos salad.
- Campurkan yogurt, jus lemon dan madu untuk membuat sos yogurt.
- Letakkan tortilla di atas kuali, sapukan keju krim dan letakkan keju mozzarella di atasnya.
- Panggang tortilla di atas api perlahan sehingga keju cair.
- Tambahkan salad, sos yogurt dan keju parmesan di atas tortilla.
- Siap! Sedia untuk dinikmati
Related Updates
Resipi: Resipi Mangkuk Nasi Avokado
Cooking with KyoChon! Main ingredient: Soy Garlic wingettes
Pek Raya KyoKrunch
Siri Rendang kembali lagi musim ini, gabungkan rasa tradisi yang kaya dengan kerangupan signature yang memang korang suka.
Rasa Korea, Penuh Raya dengan KyoChon Chicken
Siri Rendang kembali lagi musim ini, gabungkan rasa tradisi yang kaya dengan kerangupan signature yang memang korang suka.





